Colorful of Life

Disclaimer

Assalamualaikum! Hi I'm Nurhidayah. Just call me Hidayah or Dayah :) Want to know more, read my Biodata. I'll give my blog name : NH Holding's. !

Entries About

Tagboard



Music

 

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
13 Rahsia Pelajar Cemerlang
Harini si gadis nakal nak share ngan korang 13 rahsia pelajar cemerlang..Kita kalau ada ilmu kena lah share-share kan..Hehe ..!



13 Rahsia Pelajar Cemerlang

MATLAMAT ATAU SASARAN Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas.Mereka tahu apa tujuan mereka belajar.Mereka tahu berapa 'A' yang mereka mahukan ataupun berapa peratus markah setiap subjek yang mereka mahukan.Mereka juga tahu hendak mengambil jurusan apa semasa di universiti,mahukan kerjaya yang bagaimana dan sebagainya.(^_^)
PERCAYA Pelajar cemerlang percaya mereka dapat cemerlang.Hanya faktor masa sahaja yang sapat membuktikan semua usahanya.Mereka tidak pernah ragu-ragu dengaan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban bagi berjaya.(^_^)
TUMPUAN Pelajar berjaya memberikan tumpuan pada setiap perkara yang mereka lakukan.Mereka juga tahu kepentingan memberi tumpuan dalam kelas dan tahu cara hendak memberikan tumpuan semasa mengulangkaji pelajaran mereka.(^_^)
PERANCANGAN Pelajar berjaya mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya.Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya.Mereka mempunyai jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka.(^_^)
STRATEGI BELAJAR Pelajar berjaya kerana mempunyai strategi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap.Mereka mengamalkan pelbagai teknik belajar seperti teknik meningkat dan teknik mengambil nota yang baik.Di samping itu.mereka juga belajar secara berkumpulan.(^_^)
MENJAGA MASA Pelajar berjaya tidak membiarkan masanya berlalu begitu sahaja.Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar.Jadual harian ialah jadual yang digunakan bagi merancang aktiviti seperti sekolah,tuisyen,ulangkaji,riadah,rehat,tidur,berkawan dan sebagainya.Jadual belajar pula ialah jadual yang digunakan bagi merancang pembelajaran anda.Subjek apa mahu dipelajari.Bab berapa.Berapa lama belajar.Berapa banyak yang mahu dibaca.Dan sebagainya.(^_^)
PERGAULAN Pelajar berjaya berbaik-baik dengan semua orang.Tetapi mempunyai hanya beberapa orang rakan karib yang berkongsi matlamat yang sama dan saling membantu antara satu sama lain.(^_^)
PEMANTAUAN
Pelajar berjaya sentiasa memantau prestasi akademik mereka dan membuat post-mortem bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada.Mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan setiap kali ada perkara yang kurang jelas ataupun tidak difahami.Mereka selesaikan masalah,persoalan dan perkara yang tidak difaham itu dengan serta merta.(^_^)
HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU Pelajar berjaya rapat dengan guru-guru sentiasa tidak segan untuk bertemu dengan mereka bagi mendapatkan bantuan.Mereka tahu apa yang mahu ditanya dan cara memanfaatkan khidmat guru-guru yang ada.Namun begitu,mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada guru.Mereka tahu apa yang patut dilakukan bagi meningkatkan sendiri penguasaan mereka dalam sesuatu subjek.(^_^)
KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH Pelajar berjaya adalah mereka yang bukannya rajin hari ini tetapi malas esoknya.Hari ini mereka rajin mengalahkan Nur Amalina Che Bakri tetapi esoknya malas sekali.Perasaan rajin dan malasnya naik turun umpama roda.Sebaliknya,pelajar berjayaadalah mereka yang konsisten atau istiqamah dalam belajar.Buat sedikit tetapi berterusan .Mereka meletakkan sasaran tertentu.Misalnya mahu menghabiskan 10 muka surat setiap hari ataupun menjawap 50 soalan setiap hari.Istiqamah membentuk tabiat dan tabiat membentuk peribadi.(^_^)
PERSISTENT Pelajar cemerlang tidak mudah berputus asa dan berpuas hati selagi tidak dapat menyelesaikan masalah ataupun soalan yang susah serta mencabar minda.Mereka berusaha mendapatkan jawapannya sama ada dengan bertanya pada guru,merujuk pada kawan,membaca buku-buku tambahan dan segalannya.(^_^)
SANGGUP BERKORBAN Remaja mana tidak sukakan hiburan dan keseronokan.Tetapi pelajar cemerlang dapat mengekang perasaan mereka daripada berhibur dan berseronok secara melampau sehingga menjejasdkan pelajaran.Mereka sanggup berkorban masa,tenaga,wang ringgit dan perasaan.Mereka belajar lebih lama berbanding pelajar lain ,lebih gigih,bersungguh-sungguh,sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak terlibat dengan cinta monyet yang melalaikan.(^_^)
AGAMA NOMBOR SATU  Bagi pelajar beragama Islam,mereka faham akan hakikat hidup ini sebagai suatu ibadah.Mereka juga sedar kepentingannya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu bapa supayapelajaran yang diperoleh itu mendapat keberkatan.Mereka juga menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa berdoa supaya hidup mereka berada dalam rahmat Tuhan.(^_^)

--Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad , Ph.D --


Older Post | Newer Post