Colorful of Life

Disclaimer

Assalamualaikum! Hi I'm Nurhidayah. Just call me Hidayah or Dayah :) Want to know more, read my Biodata. I'll give my blog name : NH Holding's. !

Entries About

Tagboard



Music

 

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
Perempuan ? Serba tak kena ..

Kalau perempuan kahwin lambat,
Katanya perempuan itu tiada siapa yang mahu,
Atau mungkin terlalu memilih dan cerewet,
Dan katanya sesiapa yang berkahwin dengannya tidak akan bahagia,
Di panggil pula perempuan itu andartu sesuka hati,
Langsung tidak memikirkan perasaan perempuan itu..

Kalau perempuan kahwin awal,
Katanya perempuan itu gatal,
Muda lagi sudah mahu berkahwin,
Padahal perkahwinan itu sesuatu yang mulia..


Kalau perempuan hantarannya murah,
Katanya perempuan itu sudah melakukan sesuatu yang tidak-tidak sebelum kahwin,
Di katanya lagi perempuan itu desperate sangat nak kahwin,
Sampai tidak kisah berapa banyak pun hantarannya yang penting kahwin..

Kalau perempuan itu hantarannya mahal,
Katanya perempuan itu demand lebih,
Pisau cukur atau pegikis harta,
Mahu mengikis duit bakal suami,
Dikutuknya pulak ibu bapa perempuan mahu menjual anak..


Kalau perempuan baru beberapa bulan berkahwin sudah mengandung,
Katanya anak yang dikandung itu anak lelaki lain,
Atau mungkin anak hasil hubungan sebelum kahwin,
Padahal itulah rezeki Allah SWT..

Kalau perempuan sudah lama berkahwin tapi tidak juga mempunyai anak,
Katanya perempuan itu mandul,
Tidak boleh memberikan zuriat langsung kepada suami,
Sampai suatu masa hubungan antara suami isteri berantakan,
Hasil mulut orang yang tidak berguna..



Kalau perempuan tidak cantik berkahwin dengan lelaki yang kacak,
Katanya perempuan itu pakai ubat guna-guna,
Masakan lelaki setampan dia boleh terpikat, 
Dengan perempuan yang mukanya hitam dan berjerawat sana sini..

Kalau perempuan cantik berkahwin denga lelaki yang tidak kacak,
Katanya perempuan itu tidak pandai memilih,
Ramai lagi lelaki yang handsome,
Tapi yang macam bangunan tidak siap itu juga yang dipilih,
Dikutuknya pulak hidung tak macung pipi tersorong-sorong..



Kalau perempuan pakai tudung labuh,
Katanya bajet alim bajet ustazah dan bajet bagus,
Segala kebajetan yang ada dikatanya kepada perempuan itu,
Konon nak tutup keliaran,
Padahal perempuan itu memang baik budi pekertinya..

Kalau perempuan pakai seksi-seksi,
Katanya baju tak cukup kain,
Tambahnya lagi perempuan itu bakal Ahli Neraka,
Dikutuknya perempuan itu perempuan jalang,
Tidak layak dibuat bini dan menantu..

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Serba tak kena perempuan di mata masyarakat..Itu tak betul..Ini tak betul..Please lah kepada yang suka judge perempuan tu..Korang tengah sebarkan fitnah..Dayah buat post ni bukan nak bagi sesiapa terasa,cuma nak sedarkan korang yang suka sangat judge orang perempuan..Jangan suka judge orang..Korang tak hidup dengan orang tu..Baik buruk orang itu kita pun tak tahu..Bukan korang yang tentukan hidup dorang..Jodoh pertemuan,ajal maut semua Allah SWT dah tentukan..Kita tak perlu menjadi pengadil yang sesuka hati nak mengadili kehidupan orang..Cuba bayangkan orang judge korang macam yang tertera kat atas tu..Apa perasaan korang?Suka?Sedih?Sakit Hati?..Renung-renungkanlah ya..(T____T)


Older Post | Newer Post