Colorful of Life

Disclaimer

Assalamualaikum! Hi I'm Nurhidayah. Just call me Hidayah or Dayah :) Want to know more, read my Biodata. I'll give my blog name : NH Holding's. !

Entries About

Tagboard



Music

 

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
Tahan sakit 30 minit
Anggota bomba cuba menyelamatkan Mohd Asyraf 
SAKIT...Huzaini (kiri) dan Rosnita melihat kecederaan tangan anak mereka  
RAUNG...gelagat Mohd Asyraf menahan kesakitan.


KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hanya mampu menangis dan menahan sakit selama setengah jam selepas tangan kanannya tersepit di dalam mesin permainan di sebuah kedai runcit di Kedai Mulong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Mohd Asyraf Mohd Huzaini dari Kampung Batu Lapan, Kadok, dekat sini, yang berkunjung ke kedai runcit itu bersama bapanya, Huzaini Yahya, 32, pada mulanya memasukkan syiling ke dalam sebuah mesin permainan, tetapi barang permainan tidak keluar menyebabkan dia memasukkan tangan kanannya di lubang mesin permainan itu.

Bagaimanapun, cubaannya mengeluarkan semula tangan gagal sehingga terpaksa ditenangkan ibunya, Rosnita Wahab, 28, dan dibantu anggota bomba.

Huzaini berkata, dia terkejut mendengar anaknya menangis ketika berada di kaunter pembayaran.

Katanya, sebelum kejadian, dia memberikan anaknya syiling 50 sen selepas diminta kanak-kanak itu.

Dulu masa Dayah kecik-kecik,time balik sekolah dengan Abang(Kembar) Dayah and kawan-kawan yang lain..Kita orang mesti pergi 1 kedai ni sebab nak tikam mainan dalam mesin ni..Tapi kami tak guna duit,kami guna asam ni : 

Budak-budak lagi kan masa tu..Uncle tuan yang empunya kedai tu perhati je kita orang tapi dia tak tegur pun..Bila masukkan asam ni sekeping kat mesin tu,then pusing banyak-banyak kali..Tiap-tiap kali pusing mesti bola dalam mesin tu keluar..Hehe..Nakal betul kan masa budak-budak dulu..(Please jangan tiru idea Dayah ni..Hahaha..)Teringat kawan-kawan lama dulu,Hoh Kah Yee,Jeyasree,Shamil and ramai lagi lah..Adik Mohd Asyraf yang tersepit jari ni pandai sebenarnya..Budak-budak memang banyak idea..Dia nak senang,nak cepat mainan tu keluar..Nah,masukkan tangan terus dalam tu..Tapi dia tak tahu yang tangan dia boleh tersepit kat dalam mesin tu..Haiyoo..Kepada ibu-ibu,bapa-bapa,abang-abang,kakak-kakak or sesiapa sahaja yang bawak kanak-kanak tu,jangan biarkan dorang main dengan mesin ni sendiri..Bahaya sesangat..Ambil kisah adik Mohd Asyraf ni sebagai pegajaran okey..Sharing is caring..(^__^)


Older Post | Newer Post