Colorful of Life

Disclaimer

Assalamualaikum! Hi I'm Nurhidayah. Just call me Hidayah or Dayah :) Want to know more, read my Biodata. I'll give my blog name : NH Holding's. !

Entries About

Tagboard



Music

 

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
Bangga diri serah tubuh,'cikaro' gejala terbaru gadis bawah umur !



Bangga diri serah tubuh
KUALA LUMPUR: Dulu digelar bohsia, kini dipanggil cikaro. Maksudnya hampir sama, tetapi yang membimbangkan ibu bapa masa kini ialah remaja perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 11 tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah.

Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekali gus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi, gedik dan berani.

Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan gadis yang sebahagian besarnya berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan mahkota diri kepada samseng jalanan yang baru beberapa jam dikenali.

Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, majoriti remaja terbabit berebut gelaran itu kerana menganggapnya sesuatu yang membanggakan, selain mengelak malu ditertawa atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain.

Bertindak atas aduan orang ramai, terutama warga kota yang risau melihat kemunculan kembali gadis bohsia, Metro Ahad melakukan siasatan serta tinjauan di beberapa lokasi tumpuan samseng jalanan sekitar bandar raya.


Hilang dara tahun lima
KUALA LUMPUR: Rupa dan fizikalnya seperti remaja awal 20-an, tetapi hakikatnya usia gadis montok berkulit gebu ini baru menjangkau 14 tahun dan masih bersekolah.

Lebih mengejutkan, pada usia itu remaja bertudung ini menjadi antara cikaro rebutan dan terkenal di beberapa lokasi ‘panas’ tumpuan samseng jalanan sekitar ibu kota.
Dibesarkan dalam keluarga berantakan dan terbiar tanpa belaian kasih sayang ibu bapa menjadi alasan Nina untuk hidup bebas tanpa batasan agama.

Namun jauh di lubuk hatinya, dia tetap berkongsi impian sama dengan rakan sebaya lain iaitu menjalani hidup bahagia dan tidak mahu terus selama-lamanya hidup bergelumang dosa.

Baginya, apa yang berlaku sudah berlalu. Ikuti temubual wartawan Metro Ahad dengan Nina yang menemuinya baru-baru ini.


Kerap tukar pasangan
KUALA LUMPUR: “Pengalaman pertama saya ‘bersama’ lelaki ialah ketika berusia 12 tahun. Memang takut pada mulanya tapi lepas beberapa kali dipujuk, saya akhirnya mengalah,” kata Gee, 17, yang mula terbabit dengan kegiatan cikaro ketika belajar di tahun enam lagi.

Menurut Gee, sejak itu dia mula ketagih melakukannya dan bagi memuaskan diri dan mencari pengalaman baru, dia melakukannya dengan pasangan berlainan.
“Daripada situ, saya mula keluar setiap hujung minggu untuk lepak di lokasi tumpuan sekitar ibu kota sebelum menjadi cikaro dengan bergaul bersama kumpulan mat rempit,” katanya.

Gee, anak bongsu daripada tiga beradik, mengakui kehidupannya berubah apabila ayahnya meninggal ketika dia berusia 10 tahun. Oleh kerana ibunya sibuk menyara keluarga, tiada sesiapa memantau dirinya.

Kerana sunyi, dia mula belajar melepak bersama rakan lain, termasuk dengan kumpulan mat rempit.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Macam-macam berita yang kita dengar sekarang ni kan..Harap-harap kita tidak tergolong dalam golongan macam ni..Seriously,yang Dayah tahu maksud "cikaro" tu teman wanita,makwe,special girlfriend..Itu je..Tapi dorang ni pulak lain mksudnya..Huhu..Umur 12 tahun dah bebas sebebas-bebasnya..Tapi kan,not all of the "Mat Rempit" jahat kan,kan,kan..Tak mau komen banyak-banyak..Kalau korang ada experience or pendapat,komen kat comment box tu okey..Ngee ~


Older Post | Newer Post